KETAQWAAN DIRI
1. Bertaqwa kepada ALlah dengan melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi laranganNYA. Hidup mati adalah sebahagian daripada kehidupan, keduanya juga adalah ujian daripada ALlah.
2. Hidup dengan meletakkan keikhlasan yang tinggi kerana ALlah.
3. Sentiasa ingat kepada Allah dengan solat dan baca al-Quran.
4. Sentiasa mengutamakan orang lain dan tolong menolong serta nasihat menasihati.
KEPIMPINAN KELUARGA
1. Kepimpinan secara bersama diketuai oleh kak ida
2. Apa-apa tindakan maka bincang dan bermesyuaratlah dengan terlus dan ambil keputusan bersama..
3. Semua ahli keluarga hendaklah meletakkan ketaatan dan memberi kerjasama yang terbaik selama mana tidak maksiat kepada Allah.
4. Antaranya: minta izin untuk keluar rumah walaupun untuk bermain, balik awal b4 jam 6.30ptg dan lain-lain.
PENGURUSAN RUMAH
1.Jagalah kebersihan – bilik air dan tandas.
- bilik tidur.
- kawasan luar rumah
- kebersihan diri dll.
2. Buang sampah, tutup cermin, sidai n angkat kain dll kalau perlu buat jadual bertugas.
3. Mesti ada sifat tolong menolong.
KEWANGAN DAN PERBELANJAAN
1. Harta adalah milik mutlak Allah, kita hanya pemegang amanah.....ALLAH kurniakan ayah harta yang banyak dan berharga. Yang paling berharga ialah anak-anak.
*salah seorang tiga orang yang dijamin rezekinya oleh ALlah ialah pejuang di jalan ALlah. Jadi anda semua hendaklah menjadi pejuang-pejuang yang menegakkan Islam. Jangan bimbang, rezeki dijamin oleh Allah. Kata ayah, "Itu ada dalam hadith Nabi saw".
2. Makan macam biasa......sekali-kala beli nasi lemak n makan burger.
3. Ayah tinggalkan dalam akaun maybank rm****.00. untuk jangkamasa 35 hari.
4. Harta dan aset ayah.......tiada
a-Duit dalam Tabung Haji ada rm*****k dan mak punya rm*****k.
b.saham bank rakyat…milik bersama
b-Sebuah rumah.
c- Dua buah kereta;