hidup ini

Ya Allah kurniakan aku dan keluargaku syafaat Rasulullah s.a.w pada hari akhirat nanti....

Search This Blog

Total Pageviews

Tuesday, September 13, 2011

haji 2011-keperluan

http://htmlimg3.scribdassets.com/1w3uxry8e8rmciv/images/1-a0537f0a8d/000.png

Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

Senarai Barang-Barang Yg Berguna untuk dibawa pergi Haji/Umrah - seperti

diperturunkan oleh seorang hajjah.

1.Beg Plastik

Bawa beg plastik - Giant/Jaya Jusco/Metro dll untuk merendam kain tak perlu beli baldi.

Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas

breakfast boleh basuh.

2.Serbuk Pencuci

Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah 'hard water/treated water' (air laut yang

telah diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan

buih.

3.Hangers - bulat & kecil

Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila

pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.

4.Penyangkut Baju

Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk

mengeringkan pakaian di dalam bilik air

5.Penyangkut Berpelekat

Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian

selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding.

6.Jubah

Apabila menempah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, buat poket yang agak dalam dan

jahitkan zip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah

dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket.

Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di

Arafah/Mina.Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang. Ada

dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah

ataupun T-shirt) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari

belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf belakang.

7.Stokin

Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin,

apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja (Boleh dibeli di

butik Munawarrah, Taman Tun Dr Ismail)

8.Ubat Batuk

Bawa Stepsils, Fisherman's Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol,

Bactidol (untuk sore throat) Vicks,minyak cap kapak.,dll dari Msia. Di Mekah/Madinah

harga mahal semasa musim haji. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (dry

cough dan batuk berkahak) dari doktor di Msia.

Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal.

9.Botol Spray

Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih

senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala

dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang

terlalu ramai ataupun tiada air langsung dalam bilik air.

Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam

khemah melegakan rasa bahang panas

10.Cermin Muka Kecil

Bawa di dalam beg TH cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid.

11.Mug dengan penutup

Air masak dan bahan utk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah.

Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakan air tertumpah di dalam

lift. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan,

dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena

pada jemaah yang lain.

12.Moisturiser/lip balm

Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak

tidur malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa

dalam ihram!)

13.Skin Repair/Vaseline

Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah

14.Sunglasses

Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai

sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.

15.Bantal Kecil (Cushion)

Ini untuk di gunakan apabila di Mina dan Arafah. Pihak TH/ejen hanya sediakan tilam.

Air Pillow (SR8/=) boleh dibeli di Mekah.

16.Snek

Sebelum berangkat dari rumah, bawa sedikit makan seperti biskut atau snek untuk alas

perut apabila sampai di airport Jeddah, mungkin kena tunggu lama bas untuk ke

Mekah/Madinah.

Pihak muasassah ada juga menyediakan makanan (nasi/lauk,air,buah) di airport Jeddah.

17.Lauk sampingan

Bawa juga serunding daging, sambal ikan,sambal jambi, acar, ikan kering (seeloknya

ikan kering kurau yang telah di potong kecil-kecil dan digoreng), telor masin yang telah

di rebus. Sebelum berangkat, bungkus lauk-lauk ini lebih kurang 3-4 sudu besar ke dalam

plastik. Ini untuk menyenangkan apabila hendak turun makan di dewan makan, ambil

plastik lauk yang kita rasa perlu sahaja bawa turun. Jangan lupa beri pada suami

sekiranya jemaah lelaki dan wanita makan berasingan.

BAWA KE MINA/ARAFAH juga lauk ini, untuk mempelbagaikan lagi lauk yang

disediakan oleh pihak muassasah.

18.Tuala Kecil

Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke

Mina/Arafah ialah yang TH beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad,

jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya

bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk

memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong.

19.Buku Sembahyang Sunat

Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk

waktu subuh - sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir. (Quran memang

sedia ada dalam masjid) dan bagi jemaah wanita semak kembali untuk sembahyang

jenazah dan juga sembahyang Jumaat kerana semasa musim haji kita akan berada di

Madinah sekiranya disana 7-8 hari, dan hendak dapatkan 40 waktu di Masjid Nabawi.

(Dapatkan buku-buku panduan Haji/Umrah dari Hj. Johari Alias kerana ianya pratikal,

boleh digantung dileher dan mudah untuk digunakan untuk tawaf dan saie)

20.Kasut (tanda nama - initials)

Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar - utk elakan dipijak

selipar dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna

hitam. Untuk lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)

21.Selipar Jepun (tanda nama - initials)

Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk

pergi ke bilik air.

22.Bilik Air Mina/Arafah

Bilik air terhad di Mina/Arafah, kena banyak bersabar semasa beratur untuk ke bilik air.

Setiap kali hendak mandi, saya akan masukkan pakaian bersih ke dalam beg plastik, dan

gantikan dengan pakaian kotor apabila selesai mandi. Mandi pun harus ala kadar kerana

ramai lagi jemaah yang sedang beratur di luar.Paling kesian sekiranya salah seorang dari

mereka hendak buang air kecil/air besar. Jadi perasaan timbangrasa mestilah ada.

23.Selipar ke masjid

Beli yang murah sahaja dari Bata. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen,

buat sendiri dan tanda nama - initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari

poket jubah atau beg sandang TH dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa

sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan.

24.Payung Lipat

Elok di sediakan. Kalau ada rezeki anda di Mekah/Madinah mungkin dapat merasa kena

hujan.

25.Disposable Panties - Lelaki/Wanita

Beli banyak sedikit. 1 packet ada 6 helai - boleh dibeli di Guardian Pharmacy

RM6/=/paket. Bila ke Mina/Arafah elok bawa supaya tak perlu membasuh atau

membawa pulang ke Mekah seluar dalam kotor. Sebelum membuang, bilas dahulu dan

balut dengan plastik.

26.Panty Liner/Facial Cotton

Untuk dipakai sekiranya batuk terkencing. Sekiranya memakai facial cotton, lipat dua

dan selitkan di faraj. Sekiranya batuk, seluar tak kotor.

27.

Uncang untuk melontar

Buat dua uncang (satu utk suami) untuk menyimpan batu melontar.

28.

Kamera

Kamera tidak boleh dibawa ke dalam masjid di Mekah/Madinah, polis akan periksa kita dipintu masuk kedua-dua masjid ini.

29.

Surah Yassin

Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan

semasa wuquf

30.Sejadah

MULA-MULA SAMPAI DI MEKAH BELI SEJADAH. Ini kerana pada musim haji di

masjidil haram tidak membentangkan carpet. Amat berguna sekiranya terpaksa

sembahyang di luar masjid.

31.Sejadah kecil

Guna semasa pergi ziarah dan singgah sembahyang di Masjid Quba', Masjid Qiblatan dan

juga di Jatranah, kerana carpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala

kecil.

32.Cadar katil bujang

Dibuat selimut semasa di Arafah/Mina dan boleh digunakan di hotel untuk alas tilam

(sekiranya tidak mahu memakai yg hotel sediakan)

33.Batik Lepas

Bawa sehelai untuk 'apa-apa' kecemasan…

34.Buku Nota/Kalender

Bawa dairi kecil ataupun beli buku nota kecil dan tampalkan kalender di muka dalam.

Semasa di Mekah/Madinah, kita jarang jumpa surat khabar dan boleh buat catitan dan

'countdown' untuk ke Mina/Arafah ataupun ke Mekah/Madinah.Catitkan dalam buku ini

pesanan keluarga/kawan selalunya pesanan doa di Arafah antara Asar-Maghrib (berdoa

diluar khemah), kirim salam semasa di makam Nabi di Madinah dan lain-lain.

35.Business Card

Bawa card untuk bertukar-tukar alamat dengan jemaah haji yang lain. Digalakan juga

buat personalized card beralamat rumah, email dl

36.Tag Nama utk Baggasi

Tulis/type dengan terang (bold) di sekeping kertas A4 alamat hotel, No penerbangan, No.

KT, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan buat serupa juga di sebelah

belakang utk alamat di di Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Msia utk digunakan

digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh

ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Msia. Yang lebih boleh

ditampal di beg-beg (yang mungkin akan 'beranak' di sana nanti) semasa balik ke Msia

nanti.

Bawa masking tape, permanent marker dan tali untuk kegunaan di No. 36

37.Toiletry

Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Dove, Seba-Med, dll., kerana

kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah 'treated sea water' untuk

kegunaan harian selain

dari untuk minum.

Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah

berbanding dengan yang di jual di Mekah/Madinah

38.Bekas untuk buah tangan dari Mekah

Sebelum berangkat menunaikan haji/umrah, elok beli bekas untuk mengisi buah kurma

dan air zam-zam apabila pulang nanti. Itulah barang pertama sekali kita buka, jadi

delegate seorang (anak/kakak/mak) untuk membahagi-bahagi ke dalam bekas tersebut.

Jadi apabila tetamu nak pulang ambil 1 set (kurma/air zam-zam) dan berikan kepada

mereka.

39.Kasut untuk melontar

Beli kasut kain hitam yang murah (Bata ada jual) untuk dipakai semasa melontar.

JANGAN PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL BAGI JEMAAH WANITA. Ini untuk

menggelakkan daripada dipijak tumit selipar/sandal dari belakang semasa melontar. Bagi

JEMAAH LELAKI MESTI PAKAI SANDAL BERTALI DAN JANGAN PAKAI

KASUT YANG BERTUTUP (KERANA MASIH DALAM IHRAM)

40.Beg Sandang TH

Bawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa

ialah:

a) Buku sembahyang sunat

b) Tasbih

c) Spray Air (size kecil) - untuk ambil air wuduk

d) Tuala Kecil - untuk melapik jubah semasa air wuduk

d) Uncang Selipar - untuk simpan selipar

e) Kad Kesihatan - untuk kecemasan

f) Kad Pengenalan TH - untuk pengesahan diri sekiranya tersesat

g) Kad Address Hotel - sekiranya sesat tunjukkan alamat hote

No comments: