1. Imunisasi wajib :
1. Imunisasi wajib :-
Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)--ambil dekat klinik kesihatan Putrajaya percuma
* Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab
* Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci
* Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 2 tahun
* Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja
(rujuk Pejabat TH berhampiran)
2. Imunisasi pilihan :- dibiayai sendiri oleh bakal haji
Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu :-
i. Vaksin Influenza
* Sebaiknya diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
* Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur
* Bakal Haji yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah,kencing manis,
sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakan mengambil vaksin ini.
ii. Vaksin Pneumokokus 23 - valent
* Bakal yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah,kencing manis, sakit
paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakan mengambil vaksin ini untuk
mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria
* Pneumonia merupakan antara penyakit utama dikalangan jemaah haji di
Tanah Suci.
No comments:
Post a Comment